Sunday, May 13, 2012

Kembali di sini...
memikirkan persiapan beberapa majlis resepsi.  Aku yang sentiasa ingin mengubah kebiasaan laluan permaidani merah di majlis-majlis yang  aku uruskan.  Mengambil keputusan untuk berlegar-legar di gudang carpet Nilai 3, aku temui yang agak berkenan di hati....
Bila hati berkenan, belum tahu orang lain juga berkenan, namun aku pasti cetusan rasa dan sentuhan kreatif akan lebih meyakinkan bakal-bakal mempelai untuk mengatur langkah demi langkah di atas permaidani ini.
Ok... kita lihat gambar-gambar selepas majlis nanti... InsyaAllah.

Thursday, June 17, 2010

Sunday, January 17, 2010


Bertindak sebagai PERUNDING / PERANCANG PERKAHWINAN, kami memberikan perkhidmatan dan menyediakan pakej lengkap untuk sebuah Majlis Perkahwinan yang BERPRESTIJ dengan konsep yang tersendiri yang sentiasa menjadi idaman oleh setiap bakal pengantin & ibu-bapa kedua-dua mempelai....


Memberikan satu jaminan kepuasan kepada setiap pelanggan kami dengan perkhidmatan & pakej yang ditawarkan; sentiasa mengikut citarasa & kehendak pelanggan, memberi idea & konsep, merancang bersama-sama dari segenap perkara; andaman, hantaran, cenderahati, pelamin, bilik pengantin, meja makan damai, khemah, fotografi dan lain-lain perkara adalah menjadi MATLAMAT KAMI agar Majlis Perkahwinan & Raja Sehari yang diraikan oleh kedua-dua mempelai menjadi sejarah & kenangan terindah...




Perkhidmatan & Pakej Yang Kami Tawarkan Antaranya Merangkumi:> Penyewaan Kanopi
> Tempahan Katering
> Tempahan Dewan / Hotel
> Penyewaan Pelamin / Andaman / Pakaian
> Fotografi & Videografi
> Kompang & Cak Lempong
> PA System
> Tempahan Hantaran & Kek Perkahwinan
> Tempahan Muffin / Cenderahati & Bunga Telur

Harga kami adalah amat berpatutan selaras dengan semua perkhidmatan & pakej yang ditawarkan. Kami akan sedaya upaya merealisasikan impian setiap pelanggan untuk mengadakan sebuah Majlis Perkahwinan yang berprestij lagi gilang-gemilang... dan pastinya menjadi tarikan &
memukau setiap mata yang memandang...
Untuk Keterangan Lanjut & Sebut Harga.

Saturday, January 16, 2010


PAKEJ MEJA PENGANTIN yang kami sediakan adalah:

> Meja Pengantin dengan skirting
> Bunga segar hiasan meja
> Lauk-pauk berserta hiasan
> Pinggan-mangkuk & gelas, sudu garpu
> Napkin
> Goblet
>
dan lain- lain mengikut permintaan

Sekiranya anda berminat untuk menempah MEJA PENGANTIN SAHAJA untuk Majlis Perkahwinan anda, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut & sebut harga.